Hargai Masa

Masa ialah suatu perkara yang amat berharga.Ada orang yang mengibaratkan masa itu seperti emas dan ada pula seperti berlian.Sudah tenyatalah bahawa masa itu sesuatu yang sangat berharga.Masa yang lepas tidak akan kembali lagi.Oleh itu kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ibadah, ilmu dan perkara yang berfaedah.Janganlah kita membuangkan masa kita dengan menonton televisyen, bermain permainan video dan sebagainya.Setiap saat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.hendaklah kita gunakan dengan baik dan janganlah melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga kita terlalai. 

0 ulasan:

Post a Comment