Janganlah stress

Stress?Stress bagi saya ialah suatu perkara yang sangat mudah untuk kita alami sekiranya kita tidak dapat megawal emosi dan kelakuan kita dengan baik sehingga menyebabkan kita berasa tertekan.Golongan pelajar sering mengalami perkara ini, apa lagi RELAXLAH!!!!!! Kita janganlah mudah tertekan apabila dimarahi, tidak dapat menyiapkan kerja rumah ataupun tidak dapat belajar dengan baik.Sebaiknya kita pergilah berjumpa dengan pihak kaunseling untuk berbincang masalah kita ataupun dengan cara yang lebih mudah dengan mengadu kepada ibu bapa sendiri.Apabila kita mengalami stress kita mungkin akan berhadapan dengan kemarahan dan sebagainya. Jadi RELAXLAH!!!!

Hargai Masa

Masa ialah suatu perkara yang amat berharga.Ada orang yang mengibaratkan masa itu seperti emas dan ada pula seperti berlian.Sudah tenyatalah bahawa masa itu sesuatu yang sangat berharga.Masa yang lepas tidak akan kembali lagi.Oleh itu kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ibadah, ilmu dan perkara yang berfaedah.Janganlah kita membuangkan masa kita dengan menonton televisyen, bermain permainan video dan sebagainya.Setiap saat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.hendaklah kita gunakan dengan baik dan janganlah melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga kita terlalai.